Wednesday, November 4, 2015

Pengambilan Pelajar Sesi 2016

SEK REN ISLAM INTEGRASI PINTAR TAHFIZ FUQAHA
(SRIP TAHFIZ)
Institut Pengajian Rendah Tahfiz & Akademik
Sg. Merab, Bangi

PENGAMBILAN PELAJAR 2016 DIBUKA untuk
Tahfiz & Akademik Tahun 1 - Tahun 6
Tahfiz Sepenuh Masa

Keistimewaan Tahfiz & Akademik;

1. Tahfiz jam 8 pg - 11 pg
2. Jalinan Akademik Kementerian  & Kurikulum  Jais 11 - 4 ptg
3. Peperiksaan PSRA Tahun 6
4. Peperikasaan UPKK Tahun 5

# asrama disediakan untuk pelajar tahun 4 - 6 dan tahfiz sepenuh masa 10 tahun ke atas.

Hubungi
+60192665047 Datin Anili
+60145342756 Cikgu Nadiea

www.sriptahfiz.blogspot.com

Thursday, December 11, 2014

Pengambilan Pelajar Sesi 2015

PENGAMBILAN PELAJAR DARUL FUQAHA DI BUKA

Sekolah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala. 

Darul Fuqaha merupakan institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama, iaitu Hafazan al-Quran, Sukatan Pendidikan Agama dan Sukatan Pengajian Akademik. Ia diasaskan pada 2004 oleh Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Ia mempunyai 3 institusi utama iaitu Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha untuk pelajar menengah, Sek Rendah Islam Pintar Tahfiz untuk peringkat rendah dan Kulliyatul Fuqaha untuk pengajian Islam peringkat tinggi.

Sesi Pengajian

Sesi pengajian di peringkat menengah dan rendah bermula seawal jam 5 pg dan berakhir jam 9 mlm dengan penekanan kepada kewajipan Solat Berjamaah dan pembinaan sakhsiyah yang mulia.

5 am - 7 am Hafazan Quran

8 am - 11 am Hafazan Quran

11 am - 5 pm Akademik

7 pm - 9 pm Hafazan al-Quran

Pengajian adalah percuma kepada Anak-anak Yatim dan dengan yuran berpatutan kepada masyarakat awam.


Pengambilan pelajar untuk Tingkatan 1 & Tahun 1-6 dibuka untuk pendaftaran dan sesi temuduga. Sila hubungi

1. Ust Azlan 0192677703

2. Ust Zulkarnain 0197722267

3. Datin Anili 0192665048

Pendaftaran pelajar Kulliyatul Fuqaha untuk lepasan SPM dan STAM sedang dibuka untuk 20 orang sahaja. Sila hubungi Ust Harme 0192121972


KURIKULUM & KOKURIKULUM

Kurikulum dan Ko-Kurikulum Darul Fuqaha mensasarkan objektif berikut
1. Penguasaan Hafazan al-Qur’an
2. Penguasaan kefahaman dan amalan agama
3. Pembentukan nilai akhlak
4. Penguasaan akademik.
5. Penguasaan Bahasa
6. Penguasaan Teknologi Maklumat

Sekian. Terima kasih

Perkhemahan Pelajar

Wednesday, December 10, 2014

Konsep pengajian SRIP Tahfiz Fuqaha

SRIP Tahfiz menekankan kepentingan pembentukan suasana pertumbuhan pemikiran, ilmu dan amal yang soleh kerana manusia akan terbentuk menerusi acuan persekitaran. Suasana ini dapat dibentuk menerusi pengurusan yang soleh dan mukhlis berjiwa mujahid, guru-guru yang soleh berjiwa murabbi dan sistem pendidikan yang soleh berasaskan al-Qur'an dan al-Hadis menyepadukan pendidikan dunia dan akhirat. Hasilnya anak-nak pasti menjadi Qurratu `Aini, penyejuk air mata ibu-bapa mereka bukan sahaja di dunia, malah selepas kematian menjemput mereka.

Sesi pembelajaran di SRIP TAHFIZ FUQAHAbermula seawal 8 pagi dengan Solat Dhuha, Bacaan dan Hafazan al-Qur’an sehingga pukul 10.30. Bermula jam 11 pagi, sesi akademik sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia pula berjalan sehingga pukul 1. 


Seterusnya pada sesi petang bermula jam 2 petang sesi pengajian agama dengan sukatan KAFA Jabatan Agama slam Selangor (JAIS) pula berjalan sehingga jam 4.30 ptg. 

Solat berjamaah di surau pada waktu Zohor dan Asar menjadi sebahagian sesi pembelajaran wajib. Ia bertujuan menanamkan jiwa ubudiyyah dalam diri para pelajar untuk menjadi insan yang beriman dan berakhlak. al-Qur'an pula menjadi pelajaran wajib yang mesti dibaca dan dihafaz saban hari bagi menjadi pencetus jiwa dan ruhani yang baik bagi melahirkan insan yang dilingkari pemikiran dan amalnya dengan cahaya kalam Allah

Persekitaran Pembelajaran Yang Merangsang Minda

anak-anak sedang belajar di taman di hadapan surau
Sesi pengajian di Darul Fuqaha dipelbagaikan antaranya dengan sesi pembelajran di luar bilik kelas untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan nyaman dengan udara yang bersih.
sesi percambahan minda

Pengetua Darul Fuqaha

Pengetua Darul Fuqaha Datin Anili Ramli dan Penolong Kanan Ust Zulkarnaian sedang meninjau persiapan sukan tahunan Darul Fuqaha

Wednesday, August 13, 2014

SOLAT BERJAMAAH adalah Wajib

Menghafaz al-Quran, Solat berjamaah untuk 5 waktu dan solat sunat Dhuha adalah aktiviti wajib setiap pelajar

Saturday, August 2, 2014

Aktiviti Ko Kurikulum Pelajar

Antara aktiviti ko kurikulum ialah kem motivasi pelajar dan perkhemahan

Saturday, July 5, 2014

Sesi Pembelajaran di SRIP TAHFIZ

Sesi pembelajaran di SRIP TAHFIZ FUQAHA bermula seawal 8 pagi dengan Solat Dhuha, Bacaan dan Hafazan al-Qur’an sehingga pukul 10.30. Bermula jam 11 pagi, sesi akademik sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia pula berjalan sehingga pukul 1. Seterusnya pada sesi petang bermula jam 2 petang sesi pengajian agama dengan sukatan KAFA Jabatan Agama slam Selangor (JAIS) pula berjalan sehingga jam 4.30 ptg.

sesi pembelajaran



Solat berjamaah di surau pada waktu Zohor dan Asar menjadi sebahagian sesi pembelajaran wajib. Ia bertujuan menanamkan jiwa ubudiyyah dalam diri para pelajar untuk menjadi insan yang beriman dan berakhlak. Al-Qur'an pula menjadi pelajaran wajib yang mesti dibaca dan dihafaz saban hari bagi menjadi pencetus jiwa dan ruhani yang baik bagi melahirkan insan yang dilingkari pemikiran dan amalnya dengan cahaya kalam Allah.




Friday, July 4, 2014

Sesi Pembelajaran

Sesi pembelajaran di SRIP TAHFIZ FUQAHA bermula seawal 8 pagi dengan Solat Dhuha, Bacaan dan Hafazan al-Qur’an sehingga pukul 10.30. Bermula jam 11 pagi, sesi akademik sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia pula berjalan sehingga pukul 1. Seterusnya pada sesi petang bermula jam 2 petang sesi pengajian agama dengan sukatan KAFA Jabatan Agama slam Selangor (JAIS) pula berjalan sehingga jam 4.30 ptg.


Monday, June 30, 2014

KEM MOTIVASI

Pada 31 Mei - 3 Jun 2014 lalu telah diadakan Kem Motivasi Sekolah yg melibatkan semua pelajar baik rendah maupun menengah yg berada di bawah naungan Muassasah Darul Fuqaha. Program 4 hri 3 mlm yg dijalankn di Impian Country Resort, Hulu Langat Selangor berakhir hari ini. Kem sempena cuti sekolah ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua pelajar agar kelak mereka menjadi pelajar yg cemerlang di dunia dan di akhirat serta menjadi muslim sejati, penerus perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Sesi Latihan dalam Kumpulan (LDK)


Hari Terakhir Kem.

Aktiviti Petang pelajar (Kendiri)














Dalam Kem Motivasi ini pelajar banyak didedahkan dengan pengetahuan teori & pengetahuan praktikal. Sehubungan dengan itu, secara tidak lansung akan memberikan keyakinan diri serta mengenali potensi diri pelajar.

Diharap penyertaan Pelajar dalam Kem Motivasi ini memberi banyak manfaat untuk memantapkan lagi jati diri serta menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan.

























Pelajar bergambar diakhir program

















Tidak dilupakan, jutaan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus awal merencanakan   bagi  menjayakan program ini. Terima Kasih yang tidak terhingga juga kepada Fasililatator. 


Jazakumullahu khairan jaza'.