Wednesday, December 10, 2014

Konsep pengajian SRIP Tahfiz Fuqaha

SRIP Tahfiz menekankan kepentingan pembentukan suasana pertumbuhan pemikiran, ilmu dan amal yang soleh kerana manusia akan terbentuk menerusi acuan persekitaran. Suasana ini dapat dibentuk menerusi pengurusan yang soleh dan mukhlis berjiwa mujahid, guru-guru yang soleh berjiwa murabbi dan sistem pendidikan yang soleh berasaskan al-Qur'an dan al-Hadis menyepadukan pendidikan dunia dan akhirat. Hasilnya anak-nak pasti menjadi Qurratu `Aini, penyejuk air mata ibu-bapa mereka bukan sahaja di dunia, malah selepas kematian menjemput mereka.

Sesi pembelajaran di SRIP TAHFIZ FUQAHAbermula seawal 8 pagi dengan Solat Dhuha, Bacaan dan Hafazan al-Qur’an sehingga pukul 10.30. Bermula jam 11 pagi, sesi akademik sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia pula berjalan sehingga pukul 1. 


Seterusnya pada sesi petang bermula jam 2 petang sesi pengajian agama dengan sukatan KAFA Jabatan Agama slam Selangor (JAIS) pula berjalan sehingga jam 4.30 ptg. 

Solat berjamaah di surau pada waktu Zohor dan Asar menjadi sebahagian sesi pembelajaran wajib. Ia bertujuan menanamkan jiwa ubudiyyah dalam diri para pelajar untuk menjadi insan yang beriman dan berakhlak. al-Qur'an pula menjadi pelajaran wajib yang mesti dibaca dan dihafaz saban hari bagi menjadi pencetus jiwa dan ruhani yang baik bagi melahirkan insan yang dilingkari pemikiran dan amalnya dengan cahaya kalam Allah

No comments: